Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

17 Remaja Ditahan Bantu...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 17 remaja termasuk tiga perempuan bagi membantu siasatan...

Pokok 5,000 Tahun Tukar...

LONDON - Sebatang pokok purba berusia 5,000 tahun di Britain mulai bertukar kelamin sehingga...

Lokman Lancar Solidariti Baju...

UNIK... Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengajak orang ramai memakai...

Waran Tangkap Yusuf Al-Qaradawi...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan tuduhan kononnya ulama tersohor,...

Tambang: Dilema Pengusaha Bas Sekolah Pantai Timur

PETALING JAYA – Susulan musibah banjir, pengusaha bas sekolah di Pantai Timur terpaksa menangguhkan hasrat untuk menaikkan tambang selepas mengambil kira kesan bencana itu terhadap pelajar dan keluarga masing-masing.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Kelantan, Wan Mohd Nuhairi berkata, kebanyakan pengusaha bas dalam dilema untuk memberitahu ibu bapa pelajar mengenai kenaikan tersebut kerana memahami keadaan mereka yang baharu sahaja ditimpa musibah banjir.

Malah, katanya, pengusaha bas di sini juga bimbang berita mengenainya akan mengejutkan ibu bapa lebih-lebih lagi mereka yang menjadi mangsa banjir umpama tsunami itu baru-baru ini.

“Kami dalam dilema. Nak beritahu serba salah, tak beritahu kami juga mangsa (banjir). Kami bukan sahaja mangsa banjir tapi mangsa keadaan,” katanya kepada mStar Online.

Wan Mohd berkata, bermula sesi persekolah di Pantai Timur pada Ahad, perkhidmatan bas sekolahnya yang beroperasi dari Bachok ke Kota Baru berjalan seperti biasa.

“Kami beroperasi seperti biasa. Sepatutnya ibu bapa perlu bayar tambang pada setiap awal bulan tetapi mengambil kira bencana ini, kami lewatkan pembayaran tersebut. Mereka juga hanya perlu bayar tambang separuh bulan ini.

“Kami pun faham masalah ibu bapa. Kami taklah begitu kejam paksa ibu bapa bayar dengan segera. Kami akan dahulukan modal sebelum mereka bayar tambang hujung bulan ini,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pengusaha bas masih belum memaklumkan kepada ibu bapa mengenai perkara tersebut dan hanya akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

“Kita akan tunggu masa sesuai untuk bincang dengan ibu bapa mengenai perkara ini. Biarlah keadaan kembali reda dulu. Takut nanti ramai pula ibu bapa yang terkejut,” katanya.

Ketika ditanya mengenai banjir baru-baru ini, Wan Mohd berkata, beliau terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membaiki van sekolah yang rosak akibat dimasuki air.

“Nak tak nak, saya terpaksa dahulukan wang sendiri untuk baiki kerosakan van sekolah. Saya pentingkan keselamatan penumpang kerana mereka adalah amanah dan rezeki saya,” katanya yang memiliki lima van sekolah.

Beliau berkata, ketiadaan harga siling tambang perkhidmatan itu juga menyukarkan kebanyakan pengusaha bas sekolah dalam menetapkan kadar munasabah.


“Bila tiada harga siling, keadaan bertambah rumit. Situasi menang-menang antara ibu bapa dan juga pengusaha bas sekolah sukar dicapai. Jadi dalam kes ini ibu bapa jadi mangsa, manakala pengusaha bas pula tersepit,” katanya.

Bagaimapun, tanpa berselindung, katanya, tambang bas sekolah pada awal tahun ini terpaksa dinaikkan berikutan pelbagai peningkatan kos yang ditanggung pengusaha bas.

“Walaupun ramai yang kata harga minyak turun tetapi mereka perlu tahu harga alat ganti bas tetap naik. Malah kita hanya menerima subsidi 4.9 sen seliter,” katanya.

Jelas Wan Mohd, tindakan tersebut disifatkan sebagai wajar memandangkan tambang bas sekolah tidak pernah dinaikkan sejak lima tahun lalu.

“Kenaikan ini harus dilaksanakan bagi menampung kerugian yang terpaksa ditanggung akibat peningkatan kos sejak 2012,” katanya.

Walaupun berlaku kenaikan, beliau berkata, kadar itu masih dianggap munasabah kerana ianya ditentukan atas budi bicara bersama ibu bapa.

“Kita masih boleh bertoleransi. Kita pun ada sifat kasihan, lagipun pelajar yang saya bawa adalah pelanggan tetap. Tak sanggup pula letak harga terlalu tinggi,” katanya.

Pada Oktober lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan suruhanjaya itu tidak akan campur tangan dalam isu penetapan tambang bas sekolah sebaliknya ia ditentukan atas rundingan antara ibu bapa dan pengusaha.

Namun, tindakan itu tidak dipersetujui kebanyakan pengusaha bas sekolah kerana sistem tersebut disifatkan sebagai tidak relevan berikutan tiada garis panduan dalam penetapan kadar tambang tersebut.

Sehingga hari ini, SPAD tetap dengan pendirian untuk tidak memperkenalkan semula harga siling kerana pengusaha bas sekolah didakwa tidak mematuhi kadar ditetapkan sebelum ini. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori