Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Calon BN Adalah Terbaik,...

TUMPAT - Mat Razi Mat Ail dipilih sebagai calon Barisan Nasional  (BN) pada...

Taufan Irma: Jutaan Penduduk...

HAVANA - Taufan Irma mula membadai Cuba dengan membawa angin kencang yang meragut 21...

Pasukan Najib Mahu Rayuan...

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar hujahan pasukan pembelaan untuk menangguhkan rayuan bagi...

MB Perlis: BN Digesa...

KANGAR - Barisan Nasional (BN) digesa menyelesaikan kemelut jawatan Menteri Besar Perlis dan...

Tempoh Majikan Terlibat Banjir Bayar Caruman Dilanjutkan

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi perlanjutan tempoh pembayaran caruman bulanan kepada mangsa banjir kali ini bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk K.Selvarajah berkata, langkah itu diambil atas dasar simpati dan prihatin kepada pencarum Perkeso sama ada pihak majikan atau pekerja yang terlibat dalam bencana banjir di beberapa negeri.

“Perlanjutan tempoh pembayaran caruman bulanan ini melibatkan caruman bagi Disember 2014 hingga Februari 2015 dan bayaran bagi bulan-bulan caruman berkenaan boleh dibuat selewat-lewatnya pada 30 April 2015.

“Tempoh pembayaran bulan caruman seterusnya iaitu bulan Mac 2015 adalah mengikut tempoh yang telah ditetapkan iaitu selewat-lewatnya pada 30 April 2015,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Selvarajah berkata, Perkeso juga bersetuju memberi pengecualian Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) atas kelewatan pembayaran caruman bulan-bulan berkenaan.

Menurutnya, pengecualian FCLB itu hanya diberikan kepada majikan yang mengemukakan salinan laporan polis sebagai bukti bahawa majikan berkenaan terlibat dalam bencana banjir.

“Perlanjutan tempoh pembayaran caruman dan pengecualian FCLB ini tidak menghalang orang berinsurans untuk membuat tuntutan faedah Perkeso,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori