Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kesihatan Iman Pulih Sedikit...

KOTA KINABALU - Iman, satu satunya badak sumbu betina yang hidup dalam peliharaan...

Belanjawan 2023: Aset Simpanan...

PETALING JAYA: Aset simpanan syariah dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diasingkan...

Janna Nick Tuju 2...

BARU-BARU ini, Janna Nick telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada...

Anggota Tentera Perlu Berjiwa...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa anggota...

Temuduga Terbuka Marshall Stadium Larkin

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan mengadakan temuduga terbuka kepada orang ramai yang berminat menjadi Marshal Stadium Larkin pada 13 dan 14 Januari ini. .

PBNJ dalam satu kenyataan media memberitahu, seramai 1,000 marshal akan dilantik bagi mempertingkatkan tahap kawalan keselamatan semasa perlawanan bola sepak di stadium berkenaan.

“Tarikh temuduga dijadualkan pada 13 dan 14 Januari 2015 di Stadium Larkin.

“Calon-calon dikehendaki hadir pada pukul 8 pagi untuk sesi ujian kesihatan dan hanya yang lulus ujian saringan awal sahaja layak untuk melalui proses temuduga yang akan bermula daripada tengahari hingga petang,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, calon dikehendaki berusia 21 tahun ke atas dan mempunyai kelayakan yang sesuai dengan jawatan dipohon.

Mynewshub.cc sebelum ini melaporkan PBNJ mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan aspek kawalan keselamatan perlawanan bola sepak dengan menubuhkan satu syarikat keselamatan di Stadium Larkin.


Syarikat keselamatan itu melalui kewujudan marshal akan bertanggungjawab di atas keselamatan di dalam dan luar Stadium Larkin sewaktu perlawanan diadakan bermula Liga Malaysia musim ini.

“Langkah ini diambil kerana Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim amat menitikberatkan aspek keselamatan orang ramai (penonton).

“Seramai 1,000 orang marshal akan ditempatkan di sekitar stadium pada waktu perlawanan,” kata PBNJ baru-baru ini.

Marshal Stadium Larkin itu juga dikehendaki mengikuti kursus latihan dan ujian oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Askar Timbalan Setia Negeri. -mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=piYMj4wjWqY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori