Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Peminat Setia Tunggu Chong...

KUNSHAN - Sejak mengetahui ketibaan skuad Malaysia yang diketuai Datuk Lee Chong Wei...

Curi Barang Bayi: Kerani...

KUALA LUMPUR - Seorang kerani dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM1,000...

Bill Gates Pernah Ramal...

KUALA LUMPUR - Pengasas syarikat komputer terbesar dunia Microsoft, Bill Gates pada April...

Salahuddin Setuju Cadangan Potong...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub bersetuju dengan...

Terminal Lapangan Terbang Melbourne Diancam

MELBOURNE – AUSTRALIA. Sebuah terminal di Lapangan Terbang Melbourne dikosongkan pada Jumaat malam, berikutan ancaman yang dilaporkan dibuat terhadap Tigerair.

Insiden itu yang berlaku pada 9 malam, menyebabkan orang ramai dipindahkan dari Terminal Empat, manakala beberapa pesawat dilarang daripada berlepas.

Kawasan itu diisytiharkan selamat oleh Polis Victoria pada 5 pagi Sabtu.

Terminal lain tidak terbabit dalam penutupan itu.

Sementara itu, jurucakap Lapangan Terbang Melbourne Anna Gillett memberitahu akhbar The Age, penerbangan Tigerair dibatalkan sebaik pihak berkuasa mengambil tindakan, tetapi tidak menyatakan alasan penutupan selama tujuh jam terminal itu.


Gillett berkata lapangan terbang itu tidak pernah mengeluarkan maklumat mengenai isu-isu keselamatan.

Ketua Eksekutif Tigerair Australia, Rob Sharp dalam kenyataan berkata: “Tigerair mengambil kira semua faktor keselamatan berkaitan ancaman itu sebagai
sesuatu yang amat serius”.

“Semua langkah yang perlu telah diambil oleh syarikat penerbangan itu dengan segera melibatkan pihak berkuasa berkaitan dan melaksanakan langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan penumpang.

“Keselamatan kakitangan dan penumpang adalah keutamaan operasi pada setiap masa dan tidak akan berkompromi,” tambah beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori