Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Sarawak...

KUCHING - Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri ini...

Qari Kelantan, Qariah Perak...

KOTA KINABALU - Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari...

FAS Terima Peruntukan RM10...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menyediakan peruntukan sejumlah RM10 juta setiap tahun...

PAS Sedia Lawan Jika...

PUTRAJAYA – Pas melahirkan kesediaan untuk bertanding jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15...

Tiada Aduan Penyelewengan Bantuan Banjir – SPRM

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir yang beroperasi sejak kelmarin belum menerima sebarang aduan berhubung salah laku atau penyelewengan pengurusan bantuan kepada mangsa banjir.

Penyelarasnya yang juga Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, jawatankuasa itu menerima 13 panggilan hari ini tetapi kesemua panggilan itu berbentuk umum dan bukan melibatkan aduan.

“Jawatankuasa ini yang dianggotai oleh wakil SPRM, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Audit Negara (JAN) bertindak sebagai saluran bagi masyarakat melaporkan sebarang aduan mengenai salah laku pengurusan bantuan kepada mangsa banjir.

“Ia juga bertujuan membantu kerajaan dalam memastikan pengurusan tabung dan dana yang telus dan teratur sampai kepada mangsa, integriti sistem penyampaian dan pengurusan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Jawatankuasa ini juga mengkaji dan mencadangkan penambahbaikan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Sehubungan itu, Mustafar memberi peringatan kepada semua pihak supaya pengagihan bantuan kepada mangsa banjir tidak diseleweng dan sampai kepada mangsa-mangsa yang memerlukan.

Menurutnya, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir di talian 019-284 9134, 019-284 9234 atau 019-284 9389.

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori