Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bekalan Petrol, Diesel Di...

PENAMPANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah memberi...

FB Kementerian Wilayah Persekutuan...

SHAH ALAM - Pengendali Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan malam tadi memohon maaf kepada...

Kes Denggi Di Labuan...

LABUAN - Bilangan kes denggi di sini meningkat kepada 53 kes sejak Januari...

Rakyat Malaysia Bebas Bergerak...

KUALA LUMPUR - Kesemua sembilan rakyat Malaysia di Korea Utara berada dalam keadaan...

Tiada Aduan Rasuah Membabitkan Dana Banjir

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima aduan rasuah membabitkan penyaluran dana RM500 juta untuk mangsa banjir di negeri yang terlibat dengan bencana itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, Bilik Gerakan suruhanjaya itu menerima 71 panggilan sejak Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir (JIPTDB) dilancarkan 13 Jan lepas.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 59 panggilan diklasifikasikan sebagai panggilan umum manakala 12 lagi panggilan sebagai tidak puas hati terhadap agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Tujuh panggilan diterima membabitkan perasaan tidak puas hati terhadap pejabat daerah, jajahan serta penghulu, tiga membabitkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan masing-masing satu bagi Majlis Agama Islam (Pahang) dan pertubuhan politik,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian kepada Bernama semasa ditemui selepas menjadi tetamu dalam program bual bicara ‘Dalam Radar’ kendalian Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini pada Isnin.

JIPTDB ditubuhkan bagi memastikan pengurusan dana dan tabung banjir kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikendalikan dengan telus dan bebas daripada penyelewengan.


Selain SPRM, jawatankuasa itu turut dianggotai Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Audit Negara.

Mustafar berkata, suruhanjaya itu turut menasihatkan pemohon bantuan banjir supaya tidak memalsukan maklumat untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

“Sekiranya ada pemohon yang melakukan penipuan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 18 Akta SPRM dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Hukuman denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara sehingga tempoh 20 tahun boleh dikenakan jika sabit kesalahan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori