CONAKRY (Guinea) – Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban apabila bom tangan meletup di sebuah bar di ibu negara Guinea di sini.
Kejadian itu berlaku ketika penyokong bola sepak menyambut gol pasukan mereka yang seri 1-1 ketika menentang Ivory Coast dalam kejohanan Piala Negara-negara Afrika 2015, awal pagi ini.
Jurucakap polis, Mamadou Alpha Barry berkata “ia adalah letupan secara tidak sengaja” dan lelaki yang baling bom tangan itu turut mengalami kecederaan teruk.
Barry berkata “tiga yang terkorban itu berada dalam bilik mayat” tetapi Jeneral Ibrahima Balde, ketua polis, berkata dia dapat mengesahkan sekurangnya satu daripada mereka sudah meninggal dunia”.
“Kami mendengar satu letupan kuat dalam bar apabila kami menyambut gol Guinea. Ramai datang menonton kerana di kawasan ini tidak ada bekalan elektrik,” menurut sumber keselamatan. – AFP
https://www.youtube.com/watch?v=OsFW9wAWKL4