Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kemenangan KIL DI FFM...

SEREMBAN - Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Tengku Iesta Tengku Alauddin...

Tahrir Al-Sham Beri Isyarat...

BEIRUT - Kumpulan pemberontak utama Syria memberi isyarat bahawa mereka akan mematuhi syarat...

50 Peratus Pengundi Sungai...

SUNGAI BESAR - Jentera Wanita Barisan Nasional (BN) disaran lebih giat mendekati kaum...

PKP Fasa Ketiga Sudah...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang bermula semalam...

Tiga Rumah Kedai Sederet Hangus Di Kota Tinggi

JOHOR BAHARU – Tiga buah rumah kedai sederet di Kampung Bayu Damai di Bandar Penawar, Kota Tinggi hangus dijilat api awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail berkata kedai terbabit ialah bengkel membaiki motosikal, menjual peralatan logam dan kedai runcit.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.04 pagi dan sebuah jentera dengan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian seminit kemudian.

Ketika bomba tiba, api menjulang tinggi dan premis berkenaan sudah terbakar keseluruhannya, katanya.

“Kedai-kedai yang berusia hampir 10 tahun itu dikendalikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan tetapi disewakan kepada para peniaga tempatan.


“Kebakaran disedari apabila ketua kampung mahu menunaikan solat subuh di sebuah masjid dan terlihat api dan asap berkepul-kepul keluar dari kedai tersebut,” kata beliau.

Mohd Fadli berkata api berjaya dipadamkan 30 minit kemudian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori