SEORANG nelayan diangkat menjadi wira dalam sekelip mata apabila berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun daripada terjunam ke dalam gaung sedalam 70 kaki, baru-baru ini.
Kejadian yang dirakamkan menerusi kamera pengawasan itu menyaksikan Mehmet Soysal, 35, pada mulanya sedang berbual di telefon di kaki sebuah bukit.
Tiba-tiba terdengar jeritan seseorang, dia menoleh ke belakang lalu terlihat sebuah kereta sorong bayi sedang meluncur menuruni bukit.
Soysal cuba menahan kereta sorong tersebut, lantas kanak-kanak bernama Ali Ceyhan di dalamnya tercampak keluar dan jatuh hanya beberapa meter dari gaung.
Dia kemudiannya segera mengangkat kanak-kanak itu sebelum orang ramai yang cemas mula mengerumuninya.
Mujurlah Ceyhan tidak mengalami sebarang kecederaan dan perkara ini disahkan oleh jurucakap hospital yang merawatnya.
Ibu kanak-kanak itu, Cansu Sahin, 29, berkata, dia amat berterima kasih dengan Soysal kerana menyelamatkan anaknya.
“Ia berlaku hanya beberapa saat sahaja selepas saya melepaskan kereta sorong tersebut untuk menunjukan sesuatu kepada suami.
“Saya rasa ucapan terima kasih pun tidak cukup untuk Soysal. Dia seorang wira,” katanya.
-MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=dhq0vZjJpuQ
Oleh: ELZA