KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) telah berjaya membuat banyak perubahan positif dalam bola sepak Malaysia,
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, bola sepak Johor juga bergerak lebih pantas daripada mana-mana organisasi bola sepak di peringkat Asia Tenggara.
Beliau memberi contoh bola sepak Johor berjaya mencapai banyak perkara dalam masa singkat seperti menjalin kerjasama dengan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund dan Juara Liga Inggeris, Manchester City serta menjuarai Liga Super.
“Kita menambah baik kemudahan sedia ada serta membina fasiliti yang terbaik dan canggih untuk kelab bola sepak.
“Ini semua masih di peringkat permulaan. Saya memberi jaminan bahawa akan sentiasa ada pembaharuan yang lebih baik lagi pada masa akan datang,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Tunku Ismail yang juga Presiden PBNJ mengucapkan terima kasih kepada semua peminat dan para penaja bola sepak Johor di atas sokongan yang diberikan.
“Kamulah (penyokong) yang bertanggungjawab membantu kami menjadi kelab bola sepak yang dikenali di lebih 184 buah negara. Terima kasih dan ayuh sama-sama kita mencipta sejarah,” titah baginda. – mynewshub.cc