Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tinggal Percuma Sejak 2021,...

PETALING JAYA ā€“ Tindakan seorang penyewa ingin menjual rumah yang disewanya mendapat kecaman...

Polis Tahan Pekerja Ladang...

BELURAN - Polis hari ini menahan seorang lelaki warga Indonesia yang diburu selepas...

Ronaldo Dapat But Baharu...

MADRID - Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo diumumkan menerima but baharu dengan memakai edisi...

Bebas Beragama Bukannya Bebas...

KUALA LUMPUR - Kebebasan beragama tidak bermaksud bebas untuk mempromosi mana-mana agama, kata...

Tolak Keganasan Terhadap Wanita – Ahmad Shabery

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini menegaskan sebarang kekerasan dan keganasan terhadap wanita tidak boleh diterima dalam apa cara pun.

Beliau berkata serangan ganas ke atas wanita adalah kejadian yang dianggap kejam terutamanya apabila kejadian berlaku di dalam bangunan pejabat.

“Kita perlu bersepadu bersifat toleransi sifar terhadap sebarang keganasan terhadap wanita. Pendidikan dan kesedaran itu perlu bermula daripada lelaki itu sendiri.

“Kita tidak boleh lihat punca keganasan adalah wanita. Ini adalah kerana sebahagian besar punca keganasan ialah kelemahan lelaki itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat beliau kepada warga kementerian dalam perjumpaan khas di sini, hari ini.

Perjumpaan itu melibatkan semua kakitangan kementerian diadakan susulan kejadian serangan ke atas seorang kakitangan wanita kementerian itu oleh seorang pekerja penyelenggaraan lelaki semasa bekerja lebih masa di pejabatnya di sini Jumaat lalu.

Kejadian serangan terhadap wanita berumur 30 tahun itu mendapat perhatian pelbagai pihak selepas gambar mangsa berlumuran darah dan meminta pertolongan tersebar di internet.


Dalam pada itu, Ahmad Shabery menegaskan keperluan jaminan keselamatan yang lebih kukuh di masa akan datang dan prosedur operasi standard (SOP) akan dikaji semula bagi memperbaiki tahap keselamatan pekerja di kementerian.

“Kementerian memerlukan SOP sendiri bagi memenuhi tuntutan untuk menghormati kaum wanita. SOP ini perlu diperhalusi bukan setakat isu keganasan, tetapi ia meliputi segala kepentingan termasuk pengurusan masa untuk padam lampu, tidak berada keseorangan semasa bekerja dan sebagainya,” jelas beliau.

Katanya penambahbaikan SOP terbabit adalah penting terutama untuk memastikan pekerja wanita merasa lebih selamat menjalankan tugas mereka lebih-lebih lagi ketika terpaksa menjalankan tugas lebih daripada waktu biasa.

“Kementerian akan memperhalusi semua aspek dan tidak mengambil jalan yang mudah seperti tidak bekerja pada waktu tertentu. Itu bukan penyelesaian yang terbaik. Ini tidak akan jadi isu sekiranya ada SOP tertentu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori