Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mangsa Banjir Kilat Di...

KUALA LUMPUR - Seramai 27 mangsa daripada enam keluarga lagi dari Kampung...

Rakyat Tidak Beri Mandat...

TEGAS... DAP diingatkan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu...

Kayu Selfie Diharamkan Di...

TOKYO - Warga Jepun suka bergambar, hinggakan telefon pintar, media sosial dan kayu...

Muhyiddin Angkat Sumpah Perdana...

KUALA LUMPUR - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah jawatan...

TPM Tandatangani Buku Takziah Kemangkatan Raja Abdullah

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menandatangani buku takziah sebagai penghormatan di atas kemangkatan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz.

Ketibaan Muhyiddin disambut Duta Arab Saudi, Fahad A. H. Alrashid di kedutaan itu di Jalan Ampang di sini.

Raja Arab Saudi itu mangkat awal pagi Jumaat lepas pada usia 90 tahun dan dimakamkan pada Sabtu.

Adinda baginda, Putera Salman Abdulaziz dinamakan sebagai raja baharu Arab Saudi.

Fahad memberitahu pemberita kemudian bahawa Muhyiddin turut menzahirkan rasa sedih dan simpati beliau di atas kemangkatan Raja Abdullah.


Duta itu berkata beliau tersentuh dengan kesedihan dan simpati yang dizahirkan oleh kerajaan Malaysia di atas kemangkatan baginda.

“Ini merupakan peluang untuk saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia berhubung perkara itu,” katanya sambil merujuk kepada kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan semua programnya di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland untuk menghadiri upacara pemakaman Raja baginda di Riyadh.

Beliau berkata mereka yang ingin menzahir simpati di atas kemangkatan Raja Abdullah boleh berbuat demikian sehingga Rabu ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori