Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tertidur Tunggu Geng Merompak,...

MELAKA: Seorang perompak diberkas selepas tertidur dalam keretanya ketika sedang menunggu dua lagi...

Bapa, Anak Antara 21...

ALOR SETAR - Seramai 21 individu disyaki penagih dadah termasuk seorang bapa dan...

Stadium Kota Bharu Warna...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Kelantan memberi kebenaran untuk menukar warna Stadium Sultan Muhammad...

DBKL Tolak 48 Permohonan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan 48 tapak bazar...

Wajah Melecur, Badan Ditumbuhi Bintik Lepas Ambil Pil Klinik

IBARAT jatuh ditimpa tangga, demikian yang berlaku kepada seorang wanita berusia 35 tahun apabila ubat jenis pil yang disangka dapat meredakan masalah dialami bertukar menjadi mimpi ngeri.

Badan dan muka wanita yang enggan identitinya didedahkan ini seolah-olah terbakar melecur dan bergelembung selepas mengambil dua jenis pil dari sebuah klinik swasta di Perlis.

Menurut laporan Harian Metro, wanita malang itu mendapatkan rawatan di klinik berkenaan Selasa minggu lalu untukmeredakan masalah kebas yang dialaminya.

Wanita yang menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu ini akui, itu merupakan kali pertama dia mendapatkan rawatan di klinik berkenaan kerana sebelum ini sering ke hospital kerajaan sahaja.

Pengambilan pil yang disyorkan doktor dari klinik berkenaan bagaimanapun, telah mengakibatkan seluruh wajahnya membengkak dan melecur.


Lebih derita, bengkak tersebut berisi air bisa manakala kulit badannya ditumbuhi bintik di seluruh badan.

Begitu pun, buat masa ini belum ada kenyataan rasmi yang menjelaskan sebab musabab perkara ini berlaku. -MYNEWSHUB.CC

Video – Cara Pastikan Produk Kecantikan Bebas Hidrokuinon

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori