Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

BWF Perlu Beri Alasan...

PETALING JAYA – Persekutuan Badminton Dunia (BWF) perlu memberi alasan kukuh ekoran menghalang...

Volvo Buka Bilik Pameran...

KUALA LUMPUR – SISMA Auto, pengedar bertauliah Volvo Car Malaysia yang baru dilantik,...

Malim Gunung Kinabalu Digelar...

KUNDASANG - Biarpun mereka tidaklah sesasa pelakon filem namun gambar seorang malim gunung...

Pelancong Asing Wajib Isi...

SEPANG: Pelancong asing yang memasuki negara ini diberi kelonggaran untuk mengisi Kad Ketibaan...

Ulama Arab Saudi Larang Umat Islam Buat Orang Salji

 

RIYADH – Musim sejuk yang menyaksikan salji turun di rantau Asia Barat bukan sahaja menjadikan kehidupan masyarakat Arab bertukar kelam-kabut, malah menyebabkan ramai mengambil kesempatan bermain salji seperti di negara iklim empat musim.

Namun tindakan segelintir remaja di utara Arab Saudi yang kini dilaporkan ‘meriah’ dengan membuat orang salji atau disebut snow man mengakibatkan ulama negara konservatif Islam itu terpaksa mengeluarkan fatwa pengharaman aktiviti sedemikian.

Akhbar-akhbar tempatan melaporkan, ulama terkemuka, Sheikh Mohammed Saleh al-Munajjid mengingatkan semula rakyat Arab Saudi berhubung larangan pembuatan orang salji sebenarnya sudah lama ditetapkan pemerintah sejak beberapa tahun lalu.

Beliau malah menegaskan, hukum pembuatan orang salji atau patung menyerupai bentuk rupa binatang hidup daripada salji sama dengan hukum haram apabila sengaja membuat gambar manusia yang menurutnya tidak dibenarkan menurut ajaran Islam.


Sheikh Mohammed sebaliknya menjelaskan, apa yang boleh dibuat umat Islam mengikut hukum syarak adalah ukiran salji untuk objek bukan hidup atau tiruan daripada benda mati seperti bentuk kenderaan, buah-buahan dan bangunan.

Sejumlah pengguna laman sosial Twitter mempersoalkan larangan pembuatan orang salji dan foto-foto yang diambil oleh warga Arab Saudi menunjukkan mereka membuat tidak hanya manusia salji tetapi juga unta dan pasangan pengantin dari salji.

Bagaimanapun sebahagian ulama tempatan menjelaskan rasional fatwa tersebut dengan larangan kerajaan lebih kepada kebimbangan pengaruh negatif budaya Barat yang mungkin menyerupai upacara ritual keagamaan tertentu. – MYNEWSHUB/Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori