Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Salah Ke Zara Zya...

SEMALAM pihak Mynewshub memuat naik sebuah video pendek dari artis terkenal, Zara Zya (tonton...

Iraq Tak Sengaja Gugurkan...

BAGHDAD - Sebuah jet pejuang Iraq dengan tidak sengaja menggugurkan sebutir bom di...

Titipan Doa, Kata-Kata Semangat...

Tasek Gelugor : Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama terus menitipkan doa...

JPA Nafi Gaji Penjawat...

PUTRAJAYA - Cerita desas-desus konon penjawat awam di seluruh negara bakal menerima gaji...

Umat Islam Di Sabah Perlu Perkukuh Ikatan Perpaduan

TAWAU – Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat meminta umat Islam di negeri ini untuk mengambil peluang memperkukuhkan ikatan perpaduan sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini.

Beliau berkata Malaysia tidak akan mampu berada pada tahap seperti hari ini jika bukan kerana jalinan usaha dan perpaduan rakyatnya yang berbilang kaum dan agama.

“Tunjang utama yang mengupayakan rakyat Malaysia menghadapi apa juga rintangan dan cabaran adalah perpaduan. Oleh itu sempena sambutan Maulidur Rasul ini marilah kita mengukuhkan ikatan perpaduan untuk kepentingan bersama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perakan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Tawau di sini.

Beliau berkata adalah sesuatu yang menyedihkan apabila akhir-akhir ini, isu perkauman yang mampu meretak malah menghancurkan perpaduan yang terbina sekian lama, telah dibangkit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Oleh itu saya mahu tegaskan bahawa negara ini adalah milik kita bersama. Tidak ada warga yang diiktiraf lebih tinggi kedudukannya daripada warga yang lain di negara ini,” katanya.


Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho, ketika berucap merasmikan sambutan itu, meminta masyarakat Islam di daerah ini terus memperkukuhkan perpaduan bagi menegakkan syiar Islam.

“Perpaduan sangat penting dan sebagai umat Islam kita jangan sesekali mengabaikan perkara ini,” katanya.

Terdahulu, Muis mengetuai lebih 2,000 peserta dalam perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Tawau, dari perkarangan Majlis Perbandaran Tawau ke Dewan Masyarakat Tawau. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • islam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori