Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penubuhan Syarikat Air Baharu...

1. DALAM mencari penyelesaian kepada masalah air Johor (yang mempunyai tarif antara termahal...

Husni Enggan Ulas Dakwaan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah enggan mengulas dakwaan skandal seks...

Kekal Kadar Jangka Pendek...

KUALA LUMPUR - Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh hari ini berikutan operasi...

Penduduk Digalakkan Isi Borang...

KEPALA BATAS - Penduduk di Pulau Pinang yang akan bercuti dan balik kampung...

UMP Kaji Sebab Kawasan Bukit Rangin Sering Dilanda Banjir

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan mewujudkan sekumpulan pakar bagi mengkaji kawasan perkampungan Bukit Rangin di sini yang sering dilanda banjir setiap tahun.

Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata langkah itu diharap dapat membantu penduduk di kawasan terlibat yang terpaksa mengalami pelbagai kesulitan ekoran rumah mereka dinaiki air setiap kali musim banjir.

“Kita terpanggil untuk buat kajian kerana difahamkan situasi itu berlaku ekoran kawasan ini hampir dengan Sungai Kuantan dan Sungai Pandan yang sekarang cetek menyebabkan air melimpah ke kawasan perumahan.

“Namun demikian, mungkin kita ada cara lain yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini, seperti memastikan sistem saliran air tidak tersumbat dan memastikan sampah sarap tidak dilepaskan ke dalam longkang atau parit,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan membersihkan rumah dan makanan kepada 130 penduduk Bukit Rangin di sini hari ini.


Sementara itu, Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abd Manan Ismail yang turut hadir ke majlis itu, mengalu-alukan usaha UMP dan berharap pihak berkuasa berkaitan juga turut memainkan peranan dalam mengatasi masalah banjir di situ.

Abd Manan turut meluahkan rasa terkilan terhadap pemaju perumahan di kawasan berdekatan yang dilihat mengambil sikap sambil lewa terhadap sistem perparitan sehingga menyebabkan aliran air di kawasan berkenaan tersumbat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori