Manchester – Rancangan tidak menjadi. Itu yang berlaku kepada seorang wanita apabila niatnya untuk mengajar bekas menantunya dengan beberapa tamparan tidak menjadi sebaliknya lelaki itu mati dibunuh.
Irene Hodgkiss, 63, mengupah anak saudaranya, Carl Hodgkiss, untuk mengajar mangsa, Marc Jepson, 40, kerana tidak berpuas hati dengannya selepas dia bercerai dengan anaknya, Sandra.
Namun keadaan sebaliknya berlaku apabila Carl telah membelasah Jepson dengan teruk hinggakan dia meninggal dunia.
Siasatan yang dijalankan mendapati mangsa mengalami 50 kecederaan termasuk kerosakan pada kotak suara dan tulang lehernya patah. Selain itu mangsa juga ditikam di perut dan kaki.
Polis berjaya membongkar jenayah itu selepas melihat sistem pesanan ringkas sms antara Sandra dengan ibunya itu.
Irene telah ditangkap dan mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atasnya selepas dia didapati bersalah terlibat dalam konspirasi menyebabkan kecederaan.
Dia bagaimanapun dibebaskan daripada konspirasi membunuh.
Hukuman ke atas Irena telah ditangguhkan selama dua tahun.
Manakala Carl pula didapati bersalah melakukan pembunuhan dan dihukum penjara seumur hidup.
https://www.youtube.com/watch?v=-peh0KNGjNU