Dalam pada keinginan masyarakat untuk mengetahui perkhabaran terkini tentang nasib penumpang juga pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di perairan Selat Karimata, Kalimantan Tengah, ia seharusnya tidak mendedahkan aib jenazah.
Bercakap kepada pemberita di Klaten, Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranun menasihati agar foto-foto yang menghayat hati dan memaparkan jenazah dalam keadaan memalukan sepatutnya tidak dipertontonkan kepada umum.
Ia kerana, jasad penumpang tersebut harus dimuliakan dan dihormati dan bukan dipaparkan dalam keadaan tidak sempurna.
“Saya minta tolong sayang kepada media massa untuk tidak memuat naik gambar korban yang mengaibkan seperti yang saya lihat pada beberapa pemberitaan sebelum ini.
Saya memohon sangat, tolong muliakan mereka. Mereka syuhada, jangan diaibkan,” petik ujarannya yng disiarkan dalam portal berita seberang, detiknews.
Ujar beliau, tindakan yang dilakukan media sebelum ini tidak seharusnya diteruskan kerana ia menyinggung perasaan ahli keluarga dan sahabat handai mangsa pesawat malang tersebut.
“Ini soal rasa kemanusiaan, jangan dicampur-aduk dengan pemunculan gambar-gambar yang menyakiti seperti ini. Lagipun perasaan keluarga korban pun harus kita jaga. Bagaimana pula jika korban itu adalah keluarga kita, pasti juga akan sakit, kalau gambarnya diaibkan seperti itu.” – MYNEWSHUB.CC
Berita CNN – Faktor Kemungkinan Pesawat AirAsia QZ8501 Terhempas Di Laut Jawa