Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tidak Rugi Beli Kit...

Jumlah harian kes Covid-19 masih melebih 1,000 sehari meskipun negara dalam fasa peralihan...

Malakoff Pertimbang Tambah Loji...

KUALA LUMPUR - Malakoff Corporation Bhd, yang mula disenaraikan di Papan Utama, berhasrat...

Najib Terus Kukuh Walaupun...

KUALA LUMPUR - Walaupun dikritik dengan begitu hebat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad,...

UMNO Tak Bincang Siapa...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Isnin lalu tidak...

Video Lamar: Hairul Rancang Kahwin Hanis Zalikha Tahun Ini!

KECOH sebentar industri hiburan semalam tatkala melihat tindakan pelakon Misiku Kuza, Hairul Azreen yang tekad melamar pengacara dan pelakon terkenal, Hanis Zalikha ketika konsert pentas akhir Gegar Vaganza yang disiarkan secara langsung di saluran Astro.

Mana tidaknya, Hanis Zalikha yang tidak mengetahui apa-apa seakan-akan tergamam melihat situasi penuh dramatis dan romantis ketika dilamar sebegitu rupa.

Bagi sesetengah peminat hiburan, lamaran tersebut boleh dijangka apatah lagi ramai yang mengetahui hubungan akrab antara Hanis dan Hairul Azreen.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha 8

Memetik laporan RotiKaya.com, ketika sidang media berlansung, Hairul turut mendedahkan yang dia merancang dan berharap perkahwinan mereka dapat dilangsungkan dalam tahun ini (2015) juga.

Tambahnya, perbincangan serius akan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak kelak berhubung majlis mereka.

Pada masa yang sama, Hairil tidak menolak yang tindakannya itu sebenarnya mendapat sokongan pihak Astro yang mahukan gimik yang lain daripada lain.


“Saya memang bercadang lamar Hanis namun tidak menyangka ia dilakukan di atas pentas. Meski pun pada awal merasa seperti tidak kena namun ia kehendak Astro sendiri yang mahukan gimik lain daripada yang lain berlaku dalam program terbitan mereka”

“Keberanian melamar Hanis di hadapan ramai bagi memberitahu kepada semua status hubungan kami yang selama ini orang tahu kami berkawan baik,” jelas Hairul Azreen.

Moga persiapan majlis perkahwinan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen berjalan lancar dan moga berbahagia! - MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO HANIS DILAMAR HAIRUL

https://www.youtube.com/watch?v=GrkXo1BYOzA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori