FILEM romantik The Notebook sememangnya dikenali sebagai salah satu filem paling romantis yang pernah diterbitkan di Hollywood.
Mengambil inspirasi daripada filem tersebut yang dilakonkan oleh Ryan Gosling dan Rachel McAdams, seorang lelaki dari Itali, Angelo Piccini yang ingin melamar kekasihnya, Chiara Grimaldi kemudiannya mengambil inspirasi daripada salah satu babak romantik dalam filem tersebut yang diterjemahkannya di sebuah tasik persendirian di Alexandra Palace, London, baru-baru ini.
Tasik itu dipenuhi dengan seribu angsa origami selain penglibatan rakan-rakan mereka yang turut menanti di tepi tasik sambil memegang kad yang tertulis, “Chiara, will you marry me? You are the one”.
Walaupun mungkin lamaran Angelo tidak sesempurna babak romantis filem itu, namun daripada riak wajah Chiara dapat menjelaskan betapa dia sangat menghargai usaha yang dilakukan teman lelakinya dalam usaha untuk menyuntingnya sebagai suri hatinya.
Amacam, menarik tak idea ni, mana tahu lepas ini anda boleh tiru cara romantis sebegini untuk tambat hati si dia pula kan? – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=A5PwGY2q5w0
https://www.youtube.com/watch?v=wsQU7zTKfRE