Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bazar Ramadan: NGO Bantah...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Bertindak Bazar Ramadan 2019 hari ini menyerahkan referendum membantah...

3 Kawasan Di Sarawak...

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak hari ini mengisytiharkan tiga lagi kawasan...

Felda United Kekal Tangga...

KUALA LUMPUR - Felda United kekal di tangga kedua carta Liga Super walaupun...

3 Nelayan Indonesia Hanyut...

KEMAMAN - Tiga nelayan lelaki warga Indonesia ditemui selamat selepas seminggu menempuh suasana...

VIDEO: Pegawai Polis Tertembak Diri Sendiri Depan Isteri

SEORANG pegawai polis di Erlanger, Kentucky, Amerika Syarikat nyaris maut apabila tertembak diri sendiri di bahagian perut ketika berada di dalam lif bersama isterinya, Jumaat lalu.

Menerusi rakaman kamera pengawasan, Darryl Jouett dan isteri dapat dilihat masuk ke dalam lif untuk turun ke tempat letak kereta selepas makan malam bersama.

Tak lama kemudian sambil sebelah tangannya memegang kotak, pegawai polis tersebut mengeluarkan pistol di pinggang dari sarungnya lalu cuba memasukkan senjata itu ke dalam poket jaket.

Namun entah bagaimana, Darryl tertekan picu pistol menyebabkan peluru terkena perutnya sehingga dia jatuh terduduk.

Isterinya yang terkejut segera menghubungi talian kecemasan 911 sebelum keluar dari lif bagi mendapatkan bantuan.


Darryl dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Cincinnati untuk mendapatkan rawatan dan khabarnya kini sedang berehat di rumah.

Mujurlah nyawa masih panjang.. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=G1_7g3PcvD0

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori