Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Perlu Telus Dalam...

SEREMBAN - Keputusan kerajaan membatalkan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur –...

Pendudukan Gaza Adalah Satu...

WOODSIDE, California: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata beliau sudah menjelaskan kepada...

Ifa Raziah Diundang Jadi...

PENYANYI dangdut Ifa Raziah tidak menyangka dia menerima tawaran untuk bertindak sebagai pengkritik...

Terketar-Ketar Acu Pistol &...

PERMATANG PAUH - Bukan saja terketar-ketar ketika mengacukan pistol, malah seorang penjenayah hanya...

Video: Pelatih PLKN 2008 Nyanyi Lagu Kenangan PLKN

PROGRAM Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk tahun 2015 telah diketahui umum, ditangguhkan bagi membolehkan ia dikaji semula selain bagi menjimatkan perbelanjaan wang negara sebanyak RM400 juta.

Langkah menangguhkan PLKN diumumkan Perdana Menteri Selasa lepas ketika memberikan perutusan khas tentang kedudukan ekonomi dan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

PLKN adalah satu program wajib untuk belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dipilih secara rawak untuk mengikutinya selama tiga bulan di 81 buah kem PLKN seluruh negara.

BACA JUGA – PLKN Sesi 2015 Ditangguh Untuk Jimat RM400 Juta

Program itu dijalankan dengan beberapa modul antaranya Fizikal, Kenegaraan dan Khidmat Komuniti.

Menurut kerajaan, penangguhan PLKN hanya bersifat sementara dan ia akan diperkenalkan semula dengan penambahbaikan yang sesuai dan relevan.

Di laman Youtube kami tertarik dengan satu video oleh pelatih Wira (lelaki) PLKN sekitar tahun 2008, mendendangkan lagu sesuai untuk mengimbau kenangan para pelatih Wira dan Wirawati di kem PLKN pada siri-siri sebelum ini.

Ia dipersembahkan bersama alunan petikan gitar oleh pelatih Wira Kem PLKN Tasik Meranti, Kumpulan 2, Siri 5 2008 di Wang Kelian, Perlis.


Nyanyian kreatif itu disampaikan oleh Ejai, Amir, Amar dan Faizal yang kesemuanya berasal dari Perak.

Lagu mereka yang bertajuk “3 Bulan Di PLKN” mengisahkan aktiviti seharian dan pelbagai kenangan khususnya aktiviti berkawad dan juga latihan fizikal yang dijalani mereka sepanjang tiga bulan di kem.

Di akhir lagu, mereka mengucapkan terima kasih kepada para jurulatih yang dipanggil cikgu sambil melahirkan rasa sedih kerana mereka akhirnya bakal terpisah selepas lama tinggal bersama-sama.

Sempena PLKN yang sudah ditangguhkan untuk edisi 2015, penulis kongsikan video ini sebagai kenangan kepada para pelatih PLKN yang lain. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori