Tahukah anda? penyanyi terkenal di Bollywood, Lata Mangeshkar pernah menyanyikan sebuah lagu dalam bahasa Melayu.
Tidak ramai yang menyedari perkara ini tetapi ia adalah benar.
Penyanyi yang digelar sebagai wanita bersuara emas itu, menyanyikan lagu dan lirik hasil ciptaan Rhoma Irama dan Eddy Milfaris.
Lagu yang bercerita berkenaan pemberian sekuntum mawar merah daripada seorang lelaki kepada wanita itu tersebar kembali di laman sosial Facebook hari ini apbila ada pihak mempersoalkan adakah Lata Mangeshkar pernah menyanyikan lagu Melayu.
Sesekali mendengar nyanyian lagu yang begitu sedap iramanya ini memang membuai kenangan khususnya di waktu petang sambil termenung.
Inilah bait-bait lirik lagu Mawar Merah nyanyian Lata Mangheskar.
Sekuntum Mawar Merah
Sekuntum mawar merah
Yang kauberikan kepadaku
Di malam itu
‘Ku mengerti apa maksudmu
Sampai kini kusimpan
Bunga pemberian darimu
Bila kulihat
‘Ku terkenang pada dirimu
La-la-la… la… la… hm-hm… ooo…
Bunga mawar merah suatu tanda cinta
Yang berarti bahwa kau cinta padaku
Dengan senang hati kuterima cintamu
Karena aku juga cinta kepadamu
Oh bahagia, dua hati telah berpadu
Rupa-rupanya bukan  itu sahaja lagu Melayu yang dinyanyikan Lata Mangeshkar malahan ada juga lagu duet yang dinyanyikan beliau bersama Rhoma. – MYNEWSHUB.CC
Lagu Di Tepi Pantai Nyanyian Rhoma Irama Dan Lata Mangeshkar
http://youtu.be/vzuCtyy749M
Lagu Wahai Persona Nyanyian Rhoma Irama Dan Lata Mangeshkar
http://youtu.be/siewE_gEAAk
Lagu Musim Cinta Nyanyian Rhoma Irama Dan Lata Mangeshkar
http://youtu.be/Ydr9cGoAOxc