SEBELUM ini kami pernah kongsikan kisah seorang pegawai polis yang tertembak perutnya sendiri -  ‘VIDEO: Pegawai Polis Tertembak Diri Sendiri Depan Isteri’.
Nampaknya, satu lagi kejadian hampir serupa menimpa seorang lagi pegawai polis yang bertugas di Pejabat Polis Glasgow, Amerika Syarikat.
Kejadian melibatkan Darrell Smith, 58, itu berlaku di sebuah kedai menjual senjata api, Barren Outdoors di Kentucky.
Menerusi rakaman kamera pengawasan, pegawai polis itu dilihat membelek pistol jenis kaliber 380 yang diserahkan oleh salah seorang pekedai di situ tanpa menyedari ia sudah diisi dengan peluru.
Secara tiba-tiba, satu das tembakan terlepas dari muncung pistol tersebut dan terkena jari telunjuk kirinya.
Akibatnya, jari tersebut mengalami kecederaan teruk dan tidak dapat diselamatkan.
Menurut Mail Online, Darrell yang telah berkhidmat selama 30 tahun dalam bidang kepolisan kini dikhabarkan sudah memfailkan saman ke atas kedai tersebut kerana kecederaan itu menyebabkan dia tidak dapat meneruskan tugasnya  selain terpaksa menanggung kos rawatan yang tinggi. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=xDwQ8DxsALA
Oleh: ELZA