SEBUAH stesen televisyen di Belanda berdepan dengan detik cemas apabila seorang remaja berusia 19 tahun secara tiba- tiba menceroboh masuk ke dalam studio dan menuntut untuk muncul secara live dalam program berita pagi paling popular di saluran itu.
Mendakwa dirinya ejen risikan, remaja itu turut mengugut kru stesen dengan menggunakan sepucuk pistol.
Menurutnya lagi, jika kehendaknya tidak dipenuhi, beberapa letupan bom akan meletus di beberapa lokasi tertentu di Belanda.
Mujurlah pengawal keselamatan bertindak bijak dengan membawanya ke sebuah studio kosong dan sengaja melengah- lengahkannya sehingga pihak polis tiba di studio tersebut.
Remaja tersebut akhirnya berjaya ditahan dan siasatan mendapati dia merupakan seorang pelajar jurusan kimia di sebuah universiti.
Ekoran kejadian itu, siaran di saluran tersebut dihentikan sementara dengan mesej ‘HARAP BERSABAR’.
Setakat ini, motif remaja tersebut untuk muncul secara live di kaca televisyen masih tidak diketahui dan sedang disiasat. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=M-WzsoqLXvo
Oleh: ELZA