SEORANG remaja lelaki yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) telah melakukan sesuatu yang tidak terfikir dek akal apabila berjaya bermain piano hanya dengan menggunakan mata dan peralatan seperti alat mainan video realiti maya.
Menggunakan alat dihasilkan melalui kerjasama syarikat Fove dan Universiti Tsukuba, remaja itu kelihatan seperti sedang bermain permainan video maya ketika beraksi.
Dia yang tidak didedahkan identitinya, hanya perlu mengelip mata pada not yang ingin dimainkan, yang kemudian akan dikesan oleh alat pengesan pergerakan mata.
MENARIK – Remaja OKU Hilang Setelah Ke Surau
Not yang dikelipkan mata oleh remaja itu kemudian dihantar sebagai isyarat elektrik kepada piano.
Dalam klip video berdurasi 3:26 minit remaja itu menunjukkan kemampuannya bermain piano pada satu konsert sempena Krismas tahun lalu di universiti berkenaan yang juga digelar persembahan Eye Play The Piano.
Remaja terbabit dikatakan mampu bermain piano dengan baik hanya selepas berlatih kira-kira empat bulan.
Syarikat yang menghasilkan alat itu berharap dapat mengutip kira-kira 1.5 juta Yen (RM45,359) supaya alat itu dapat dihantar ke sekolah-sekolah OKU di seluruh Jepun untuk kegunaan pelajar lain. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ