Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Budak Lihat Ibu Dipaksa...

Durban - Baru berusia 12 tahun namun seorang budak lelaki terpaksa melihat bagaimana...

Polis Kesan Ibu Beri...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan pemilik akaun Instagram yang memuat naik video...

40 Jualan Sentuhan Rakyat...

GUA MUSANG - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan...

Remaja Parah Ditembak Di...

SALT LAKE CITY - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun cedera parah selepas...

VIDEO: Saat Cemas Helikopter PDRM Terhempas Di Kpg. Rambai

KIRA-KIRA empat hari lalu, kita dikejutkan dengan berita sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Kampung Rambai, Tanah Merah.

Bagimanapun, dua juruterbang dan dua kru yang berada dalam helikopter tersebut selamat walaupun ada antara mereka mengalami kecederaan parah.

(BACA: Penduduk Kampung Rambai Gempar Helikopter Terhempas)

Di sebalik kejadian itu, kami amat kagum dengan usaha penduduk kampung dan sukarelawan misi banjir dalam membantu menyelamatkan kesemua mangsa tersebut.

Video suasana cemas sewaktu insiden itu berlaku telah dirakamkan oleh penceramah yang turut serta dalam kumpulan sukarelawan itu, Zuhasnan Abdullah yang kemudiannya dikongsikan di akaun Facebook.

Status Facebook Zuhasnan Abdullah yang menceritakan kejadian sebenar menganai helikopter PDRM yang terhempas.

https://www.youtube.com/watch?v=X0_2G6zm9IM


Mujurlah sewaktu kejadian ada lima orang doktor yang kebetulan menyertai misi tersebut dan turut bertungkus-lumus membantu mangsa.

Mengharukan kerana pada masa sama, mangsa turut diajar mengucap dua kalimah syahadah.

Memetik laporan Bernama sebelum ini, Zuhasnan memberitahu keempat-empat mangsa telah dibawa oleh penduduk kampung dan sukarelawan ke Hospital Tanah Merah.

Apa yang dapat kami simpulkan, musibah banjir sebenarnya memperlihatkan betapa rakyat Malaysia masih tebal dengan sikap prihatin dan saling membantu antara satu-sama lain berbanding masyarakat di sesetengah negara yang adakalanya begitu ‘paranoid’ untuk membantu insan lain yang dalam kesusahan. – MYNEWSHUB.CC

 

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori