KAMI yakin ramai peminat bekas penyampai Hot FM, Kieran masih merindui suaranya selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan stesen radio itu 12 Disember yang lalu.
Dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Hot FM selepas enam tahun bersiaran dan mengusahakan perniagaan sejuk bekunya, Kieransfoodproducts.
Satu rakaman suasana di konti pada hari terakhir Kieran bersiaran telah dimuatnaik menerusi laman YouTube.
Ia menyaksikan krew Hot FM mengalirkan air mata dan menahan sebak termasuklah Ikhwan dan Liza Khairudin yang sebelum ini bergandingan dengannya dalam mengendalikan Hot FM Jam dari jam 4.00 petang hingga 8.00 malam.
Apapun, kami doakan agar Kieran terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya selepas ini… – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=eVZBEfibsSQhttps://www.youtube.com/watch?v=eVZBEfibsSQ
Oleh: ELZA