MELIHAT kanak-kanak mengamuk dan menjerit kerana kehendak tidak dipenuhi bukanlah sesuatu yang pelik kerana akal mereka masih belum matang untuk membezakan perbuatan yang baik dan buruk.
Tapi, kalau orang dewasa berkelakuan begitu, silap haribulan mungkin dia boleh dianggap gila.
Itulah yang terjadi di Terminal Feri Tsawwassen BC, Kanada apabila seorang wanita dirakam mengamuk dan menjerit kerana terlepas feri yang sepatutnya dinaiki kerana terlewat tiba di terminal.
“Awak tak faham, awak tak faham!
“Awak tak faham perasaan orang lain. Saya sangat marah!” jeritnya sekuat hati kepada petugas di kaunter apabila tiketnya tidak diterima.
Bukan itu sahaja, dia turut menghentakkan kaki berkali-kali ke lantai sebagai tanda protes.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kelucuan di kalangan orang ramai termasuklah si perakam yang ketawa besar sebaik sahaja dia keluar dari terminal itu.
Alahai, macam-macam perangai..  -MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=yq7DW6HBqDE
Oleh: ELZA