Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Maklumat Rakyat Terlibat Bersih...

ROMPIN - Kementerian Luar akan mengumpul maklumat rakyat Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan...

Gerakan Kata Pemimpin P.Pinang...

GEORGE TOWN - Gerakan Pulau Pinang membidas pucuk pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang...

Tajaan Persembahan Azharina Bernilai...

SHAH ALAM - Penyanyi Azharina Azhar memberitahu dia mengayakan pakaian yang ditempah khas...

APMM Lanjutkan Operasi SAR...

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat...

Vietnam Mahu Perkukuh Hubungan Dengan Malaysia

KUALA LUMPUR – Vietnam mahu memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dengan Malaysia dalam sektor pendidikan, keselamatan, pelancongan dan ekonomi, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan Duta Vietnam di Malaysia Pham Cao Phong yang mengunjungi beliau di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Duta Vietnam itu juga berharap usaha-usaha strategik itu akan meningkatkan ekonomi serta kemajuan kedua-dua buah negara, katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan itu.

Katanya Vietnam kini dalam proses menubuhkan Majlis Perniagaan Malaysia-Vietnam bagi mempertingkatkan lagi perdagangan antara kedua-dua negara.

“Phong memandang serius terhadap hubungan dua hala ini, juga menghormati kredibiliti Malaysia (sebagai pengerusi Asean) dengan Komuniti Asean dijangka dilancarkan akhir Disember nanti,” katanya.


Abu Zahar berkata Phong turut menjemput anggota Dewan Negara untuk menghadiri mesyuarat ke-132 Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang akan diadakan di Hanoi pada 28 Mac depan.

“Malaysia menyambut baik perkara (mesyuarat) tersebut sebagai langkah mewujudkan pendekatan berkaitan perundangan antara negara-negara terlibat”
katanya.

Menurutnya, IPU merupakan persidangan antarabangsa yang dianggotai lebih 150 negara melibatkan lebih 5000 delegasi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori