KEMENANGAN penyanyi Dayang Nurfaizah untuk kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Di Pintu Syurga pada Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) Ahad lalu sememangnya tidak perlu dipertikaikan.
Gema sorakan penonton pada malam itu sudah cukup untuk memberitahu betapa mantapnya vokal penyanyi berkulit hitam manis itu.
Pada malam itu juga, lagu ciptaan Iman Imran dan komposer, Tam Spider itu turut diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.
Menerusi Malaysian Digest, Ketua Juri AJL29, Azmeer menyifatkan persembahan Dayang sebagai satu persembahan yang ikhlas dan penuh jiwa selain berjaya disampaikan dengan pitching sempurna.
“Vokal Indah Ruhaila juga bagus dan markah Indah tidak jauh beza dengan Dayang tetapi Dayang selain berjaya menyanyikan lagu itu dengan keikhlasan, pada satu bahagian dia berjaya menyanyi tanpa muzik dan pitching dia sempurna.
“Bukan mudah untuk seseorang itu menyanyi tanpa muzik tetapi Dayang dapat melakukannya dengan baik sekali.
“Dayang menyanyi antara 18 hingga 21 par tanpa muzik dan free tempo serta dia skor di bahagian itu dengan markah 99.9 peratus,” katanya.
Fuh, 99.9 peratus okey!
Harapan kami, semoga suatu hari nanti bakat Dayang dapat diserlahkan hingga ke peringkat antarabangsa kerana vokalnya memang punyai class yang tersendiri.
-MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=kCIAWaAC-AM
Oleh: ELZA