Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sedih Kes Kecuaian Penjagaan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Pertempuran Sengit Rebut Kawasan...

ALEPPO - Pertempuran sengit berlaku di sebuah kawasan utama di Aleppo dengan pejuang...

Peniaga Didenda Cederakan Pekerja...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara dua bulan...

‘Skim Budi’ To Help...

NIBONG TEBAL - The Majlis Amanah Rakyat (MARA) provides ‘Skim Budi’, a special...

Pasha Ungu Calon Jawatan Datuk Bandar Palu

PALU – Vokalis kumpulan Ungu, Pasha menjadi calon pertama mendaftar untuk dipilih sebagai Datuk Bandar Palu menjelang pemilihan jawatan itu tahun ini.

Mewakili Parti Demokrat, Pasha ditemani keluarga dan penyokongnya tiba di pejabat Dewan Perwakilan Daerah Sulawesi Tengah kira-kira jam 11 pagi semalam.

Borang pencalonan Pasha – atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Said – diterima Ketua Jawatankuasa Pemilihan Datuk Bandar Palu, Zulfakar Nasir dan setiausahanya, Jaury Sakkung.

Penyanyi berusia 35 tahun itu dilihat menyerahkan beberapa helaian kertas kepada anggota pemilihan bagi melayakkannya bertanding.


Sejak pendaftaran dibuka, baru dua calon hadir menawarkan diri dalam pemilihan akan datang iaitu Pasha untuk Palu dan Mahmud Ibrahim bagi jawatan Pegawai Daerah Morowali Utara.

Ketua kempen Pasha, Roy Sumakul berkata, setakat ini hanya Parti Demokrat dan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan membuka pendaftaran rasmi untuk pemilihan akan datang. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=J9dU-XrH9zI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori