BINTANG pop sensasi, Justin Bieber mencetuskan perbualan di kalangan peminat, haters dan pengikut fesyen antarabangsa apabila terpilih menjadi model bagi kempen terbaharu seluar dalam jenama Calvin Klien.
Gambar sensual Bieber  mengenakan seluar dalam ‘ikonik’ jenama itu, menerima banyak kritikan terutama di laman sosial kerana dikatakan tidak sesuai.
Dalam pada itu, Bieber mengakui mengambil makanan tambahan bagi mendapat bentuk tubuh maskulin sebelum sesi penggambaran iklan tersebut.
Bekas kekasih Selena Gomez itu mengakui di Twitter rasminya, “Myo-X telah membantu dalam rutin senaman saya, terima kasih kepada Carlon Colker (Eksekutif diet).”
Portal news.com melaporkan, Bieber turut melakukan senaman selama 45 minit, 5 kali seminggu untuk tampil sesuai selaku wajah baharu mewakili jenama terkenal tersebut.
Alahai, kesian betul.
Walau dah beria-ia cuba untuk nampak maskulin, ramai orang masih mempersoalkan pemilihan Bieber kerana raut wajahnya yang dikatakan masih kebudak-budakan dan tidak cukup ‘lelaki’ untuk jadi model seluar dalam! – MYNEWSHUB.CC
Justin Bieber Wajah Baharu Seluar Dalam Jenama Calvin Klien
https://www.youtube.com/watch?v=1-jK_V1e0cw