Sejujurnya, kami rasakan papan tanda peringatan di atas mungkin agak ‘keras’ dan boleh menimbulkan rasa kurang senang di hati sesetengah jemaah masjid tersebut.
Tidak dapat dinafikan adakalanya para jemaah terpaksa berdepan dengan kebisingan dan kenakalan kanak-kanak yang bermain dan bergurau di dalam masjid sehingga mengganggu konsentrasi mereka menunaikan solat.
Bagaimanapun, tidak semuanya berkelakuan begitu, sebaliknya ada yang turut bersama-sama melakukan ibadah solat atau menanti ibu bapa mereka di satu sudut tanpa membuat bising.
Mungkin lebih ‘manis’ jika ayat peringatan tersebut berbunyi: “Kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah perlu diawasi oleh ibu bapa” atau, “Kanak-kanak dilarang bermain di dalam masjid.”
Lagipun, tak salah jika mahu melentur buluh bermula dari rebungnya… – MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA