Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

500 Hadir Sambutan Hari...

KUALA KANGSAR - Kira-kira 500 anggota pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu menyertai...

Isu Plaza Tol Baru,...

KUALA LUMPUR - Tular dalam kalangan netizen mengenai isu Plaza Tol Bukit Kayu...

VIDEO : Rakaman Menakjubkan...

Seorang penjelajah dan pencerita dokumentari, George Kourounis telah berjaya merakamkan aktiviti lahar gunung...

Ibu Maut, Bayi Cedera...

MIRI - Seorang ibu maut manakala bayi perempuannya berusia sebulan cedera parah apabila...

Wanita Dan Kekasih Ditahan Benar Anak Usia Setahun Main Pistol

INDIANA – Seorang wanita berusia 22 tahun dan kekasihnya yang berusia 19 tahun ditangkap selepas merakamkan video anak mereka yang hanya berumur setahun bermain dengan senjata api.

Toni Wilson, yang juga bekas juruwang bersama pasangannya , Michael Barnes, ditangkap selepas polis menemui visual berkenaan yang dirakamkan dalam telefon bimbit milik mereka.

Ketika itu polis sedang menyiasat dakwaan Barnes cuba menjual senjata api kepada polis yang melakukan penyamaran.

Dalam rakaman video itu, kanak-kanak berkenaan dilihat bermain dengan pistol .40 di atas katil.

Pada masa sama juga kedengaran suara Barnes menyuruh kanak-kanak itu menembak.


Kanak-kanak itu kemudiannya menggosok pistol itu di mukanya dan dia turut meletakkan pistol ke dalam mulutnya.

Ketika disoal, Wilson memberitahu polis bahawa dia tidak tahu bahawa Barnes memiliki senjata ketika itu.

Kanak-kanak itu kini diletakkan di sebuah pusat perlindungan bersama dengan adik kembarnya yang baru berusia dua bulan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori