Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Doktor Jolok Faraj 66...

SYDNEY - Seorang doktor imunologi di New South Wales, Australia dihadapkan ke sebuah...

Terengganu Yakin Menang 2/3...

MARANG - UMNO Terengganu yakin Barisan Nasional (BN) dapat memenangi pilihan raya umum...

Pemandu Grab Ditahan Bersama...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki yang juga pemandu Grab dan merampas...

Pembunuhan Bill Kayong, Lelaki...

MIRI - Seorang lelaki bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majisret Miri di sini...

Wanita Kaki Gajah 5 Hari Bertahan Di Loteng

KOTA BHARU – Seorang wanita berpenyakit kaki gajah bersama lima lagi ahli keluarganya berlindung lima hari di loteng rumah ketika kediaman mereka dinaiki air separas pinggang dalam kejadian banjir di Kampung Kelocor, di sini, minggu lalu.

Hee Guat Chen, 40, bersama suami dan lima anaknya berteduh di bahagian paling atas rumah mereka itu bermula apabila banjir melanda Kota Bharu pada Khamis.

Katanya, mereka sekeluarga sememangnya membuat persediaan lebih awal berikutan pernah berdepan situasi banjir 2004 lalu.

“Di atas loteng itu semuanya lengkap disediakan tempat memasak dan tandas. Ruang untuk tidur pun disediakan. Semasa musim banjir semua makanan dipunggah ke bahagian atas loteng itu dan kami sekeluarga berlindung di sana tanpa turun lima hari,” katanya.

Guat Chen antara 700 mangsa banjir yang ditemui ketika mendapatkan rawatan di Klinik Bergerak percuma yang disediakan Pertubuhan Perubatan Antarabangsa Tzu Chi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chun Hwa, di sini.

Menurutnya, derita penyakit itu sudah 14 tahun ditanggungnya dan kesakitan akan dirasai lebih kuat apabila terlalu lama terendam di dalam air.


“Mulanya penyakit ini menyerang pada sebelah kanan dan empat tahun lalu serang pula kaki sebelah lagi menyebabkan kedua-dua kaki saya kini membesar macam kaki gajah.

“Saya tidak boleh demam. Kalau dijangkiti demam, kedua-dua kaki ini akan terlebih dahulu berasa sengal-sengal dan sakit,” katanya.

Sementara itu, mangsa banjir dari Penambang, Kampung Cina, Sungai Keladi dan Kampung Tikat mendapatkan pemeriksaan kesihatan selain diberi bantuan banjir berupa wang tunai, bekalan makanan asas dan pakaian. – Sinar Harian Online

https://www.youtube.com/watch?v=d-3Jf3Rr-k4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori