Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

UMNO Akan Bantu Utusan...

KUALA LUMPUR – UMNO akan menyalurkan bantuan kepada Utusan Melayu (M) Bhd. jika...

Kek Bulan Berlogo Halal...

KOTA KINABALU : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mengesahkan produk makanan kek bulan...

Pekerja McDonald `Permainkan’ Gelandangan...

Tindakan seorang pekerja McDonald di Detroit yang memalukan seorang gelandangan dengan mengumpan lelaki...

15 Kes Baharu Covid-19...

MALAYSIA mencatatkan 15 kes baharu positif Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari ini...

Wanita Malu Gambar Lucah Disebar Ex Di Instagram

TIDAKAN Cazine McCarthy memutuskan hubungan dengan kekasihnya, Nathan Lloyd, 22, mengundang padah apabila lelaki itu bertindak memuatnaik gambar dan video lucahnya ke akaun Instagram milik wanita itu.

Bukan itu sahaja, kata laluan akaun itu juga ditukar agar Cazine tidak dapat memadamkan gambar tersebut.

“Saya menghantar imej dan rakaman itu kerana Nathan bekerja jauh dan sentiasa memujuk saya supaya melakukannya.

“Dia memberitahu saya boleh mempercayainya dan tidak akan menunjukkan gambar itu kepada orang lain,” kata Cazine kepada Mail Online.

cazine

Bimbang Nathan akan melakukan perkara lebih teruk, Cazine menghubungi polis dan Nathan akhirnya ditahan serta diarahkan menjalani kursus pemulihan selama dua tahun.

Gambar dan video tersebut juga telah dipadamkan oleh pihak Instagram selepas menerima ratusan aduan daripada orang ramai.

“Wanita perlu melindungi diri sendiri. Tak tahu ke mana dan sejauh mana gambar saya telah disebar sememangnya amat menakutkan.


“Apa yang boleh saya lakukan ialah menasihatkan wanita lain supaya tidak melakukan kesilapan sama,” ujarnya.

Wanita Tanggung Malu Gambar Lucah Disebar Di Instagram

Bagi kami, pengajaran lain yang boleh diambil menerusi kisah ini ialah, jangan sewenang-wenangnya berkongsi sebarang kata laluan dengan orang lain.

Ingat ya, akaun sosial anda adalah hak peribadi anda! – MYNEWSHUB.CC

Video Wanita Mangsa Penyebaran Gambar Lucah

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori