Quebec – Seorang wanita yang dituduh membunuh tiga anaknya, mati dalam penjara selepas membiarkan dirinya kelaparan bagi mengelakkan daripada dibicarakan di mahkamah.
Sonia Blanchette, 35, dituduh membunuh Anais, yang berusia dua tahun, Laurélie, lima tahun dan Loic yang berumur empat tahun dengan melemaskan mereka dalam tub mandi selepas hilang hak penjagaan terhadap anak-anaknya itu.
Blanchette hanya dibenarkan menemui anak-anaknya itu pada hujung minggu sahaja.
Dia kemudiannya berada dalam penjara lebih dua tahun sementara menanti perbicaraan kes bunuh tersebut.
Blanchette, membunuh diri pada ulang tahun kedua kematian anaknya dengan memutuskan untuk tidak mengambil sebarang makanan lagi.
Meskipun hospital cuba menyelamatkannya dengan memaksa dia makan melalui tiub namun peguam Blanchette, Jean-Pierre Ménard telah menghalang mereka.
Menurut Menard, dia masuk campur kerana berdasarkan undang-undang Quebec, Blanchette dibenarkan menolak sebarang rawatan.
“Dia sudah tidak berminat untuk hidup lagi dan memutuskan untuk menamatkan riwayat hidupnya agar dia boleh menyertai anak-anaknya,’’ kata Menard.
Blanchette mati sehari sebelum mahkamah menetap tarikh lain untuk perbicaraan kes bunuh anak-anaknya itu.
Berat Blanchette hanya 36.2 kilogram ketika meninggal dunia. Bagi mengelakkan dia menderita, jururawat di hospital dilaporkan telah memberi ubat pelali kepada wanita ini. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=P4uFvG1nLKo