Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemergian Pengarah Veteran Jamil...

PETALING JAYA - Kepulangan Allahyarham Datuk Jamil Sulong ke Rahmatullah merupakan satu kehilangan...

Pengajian Melayu Perlu Setanding...

PETALING JAYA : Pengajian Melayu mesti diangkat menjadi bidang dan disiplin ilmu yang...

Azan Dilaung Hagia Sophia...

ISTANBUL - Buat pertama kalinya dalam 81 tahun, seorang muazin akhirnya berjaya melaungkan...

Malaysia Sasar 111 Pingat...

PUTRAJAYA - Malaysia sasar menjadi juara keseluruhan temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para...

Warga Emas Tukar Pengakuan Tuduhan Menipu

SEREMBAN – Seorang warga emas menukar pengakuan daripada bersalah kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini yang menghadapi enam pertuduhan menipu membabitkan kerugian RM8,900.

Ibrahim Saidun, 61, yang sepatutnya dijatuhi hukuman hari ini menukar pengakuan tersebut di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Tertuduh yang berkerusi roda dan berbaju lokap berkata dia mengaku salah pada prosiding terdahulu kerana tertekan dan berasa seolah-olah dipaksa untuk membuat pengakuan tersebut.

Ini merupakan kali kedua tertuduh menukar pengakuannya selepas kali pertama didakwa di mahkamah sama pada 29 April tahun lepas.

Mengikut pertuduhan, Ibrahim didakwa menipu Abdul Rahman Che Mat, 57, dengan menyamar sebagai Ketua Pengarah Unit Strategik di Jabatan Perdana Menteri dengan gelaran ‘Datuk Seri Dr’ sehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan wang RM8,900 bagi urusan penempatan dan pertukaran guru.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.


Selain itu, ahli perniagaan tersebut turut berdepan dakwaan menggunakan pas dan cap palsu untuk tujuan sama kepada mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 472 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sekitar daerah ini antara Mei hingga Jun 2013.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 dan 13 Februari sebagai tarikh perbicaraan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar dan Ibrahim diwakili peguam Eddin Syazlee Shith dan Nurul Najiah Norefendie.

Selain enam pertuduhan itu, Ibrahim turut didakwa di mahkamah sama tahun lalu atas 75 pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berjumlah RM208,900 pada 2011. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori