Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Hugh Jackman Akan Tinggalkan...

AKTOR yang terkenal dengan watak hebat 'Wolverine' dari sekuel filem X-Men, Hugh Jackman...

Lans Koperal Ditahan SPRM...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang anggota polis...

Video: ‘Fed Up’ Main...

SEORANG wanita bertindak berani melawan apabila dua lelaki yang menaiki motosikal di  satu kawasan perumahan,...

Gambar BlackBerry Venice Tertiris...

BLACKBERRY pada awal tahun ini telah memperlihatkan telefon pintar BlackBerry Venice mengatakan ia akan...

Warga Uganda Dipenjara 6 Bulan Tawar Seks Kepada Polis

KUALA LUMPUR – Akibat menawarkan khidmat seks kepada anggota polis, seorang wanita warga Uganda dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Erry Shariman Nor Aripin menjatuhi hukuman itu terhadap Jennifer Nankumba, 28, selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang sarjan polis di Jalan Changkat Bukit Bintang di sini pada 10.45 malam, 19 Nov lepas.

Ibu dua anak berusia empat dan satu tahun itu meraung selepas mahkamah menjatuhi hukuman terhadapnya.

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 19 Nov.

Ketika rayuan, Nankumba memohon hukuman ringan atas alasan dia menanggung dua anaknya manakala suaminya tidak bekerja. Katanya sebelum ini, dia bekerja sebagai ejen perkapalan dengan gaji yang tidak menentu.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal kerana tindakan tertuduh cenderung kepada keruntuhan akhlak dan mahkamah juga perlu mengambil kira kepentingan awam.

Di mahkamah sama, seorang lelaki warga Yaman mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki dan tinggal lebih masa di Malaysia selepas tamat tempoh pas lawatan sosialnya.


Ameen Noman Ali Al-Qadasi, 53, didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang penyelia surau berumur 22 tahun di sebuah bangunan di Jalan Ipoh pada 12.30 tengah hari, 8 dis tahun lepas.

Tuduhan mengikut Seksyen 377(D) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan kedua, Ameen Noman, pelajar sebuah universiti di sini, didakwa tinggal lebih masa di Malaysia selepas pas lawatan sosialnya tamat tempoh sejak 29 Jun tahun lepas.

Erry Shariman menetapkan 16 Feb ini untuk sebutan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=NkjdEq4RsUE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori