Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Moratorium: Perlu Solusi Menang-Menang...

KUALA LUMPUR - Ibarat ā€˜rumah sudah siap, pahat masih berbunyiā€™, itulah yang boleh...

Harga Dedak Naik Lagi,...

ALOR SETAR : Bagaikan tiada kesudahan. Itulah yang terjadi apabila kenaikan harga dedak...

Salahuddin Setuju Cadangan Potong...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub bersetuju dengan...

Kadar Tambang Baharu ERL...

KUALA LUMPUR - Tambang baharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perjalanan...

Waris Mangsa QZ8501 Masih Belum Terima Pampasan

TRAGEDI nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditangisi linangan air mata seluruh dunia khususnya keluarga tercinta.

Begitu pun, kejadian tersebut sudah memasuki hari ke-20 namun hingga kini pihak pengurusan AirAsia masih lagi belum memberi sebarang pampasan atau insurans kepada mana-mana mangsa nahas pesawat malang berkenaan.

Memetik laporan Detik.com, 8 Januari lalu, Menteri Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia, Yuddy Chrisnadi ketika dalam lawatannya ke Pusat Krisis AirAsia memberi tempoh tujuh hari selepas mayat mangsa dikenal pasti untuk urusan penyelesaian kompensasi.

Bagaimanapun, hingga hari ini, tiada sebarang pampasan diterima oleh ahli keluarga mangsa.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œWalaupun sepatutnya menerima pampasan selepas tujuh hari mayat dicam, namun setiap mayat mengambil masa yang berbeza untuk dikenal pasti.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSehingga ke hari ini, pampasan belum diberikan kepada ahli keluarga kerana ada di antara waris yang belum dikenal pasti sehingga kini,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā kata Ketua Perhubungan Awam AirAsia Indonesia Danang Bintoroyakti.


Tambahnya, proses mengenal pasti waris sedang dijalankan dan pihaknya perlu mengesahkan dokumen supaya wang pampasan itu nanti diberikan kepada waris yang paling berhak menerimanya.

Sementara itu, Danang tidak menolak bahawa beberapa masalah wujud dalam proses mengenal pasti waris ekoran terdapat juga keluarga yang semua warisnya terkorban dalam nahas ini.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œKami terus mencari waris yang sesuai dan tepat dan pampasan akan diserahkan selepas semua proses ini selesai,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya. -MYNEWSHUB.CC

Video Penemuan Mayat Mangsa

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori