SETELAH sekian lama tertanya-tanya tentang perkhabaran terkini kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, ada waris dikatakan berang dengan tindakan pihak MAS yang cuma memaklumkan tentang sidang media hari ini, di saat-saat akhir.
Memetik laporan portal Malaysiakini, salah seorangnya Lim Wee Hoon berkata, beliau dihubungi oleh pihak MAS kira-kira jam 2.40 petang dan memintanya mengikuti siaran langsung sidang media tersebut melalui televisyen sahaja.
“Mereka fikir saya boleh ada TV di hadapan saya sepanjang masa?” soalnya kepada wartawan yang hadir pada sidang media tersebut.
Menurut laporan sama, kira-kira tujuh waris hadir ke sidang media hari ini walaupun ia hanya diadakan khas untuk pihak media sahaja.
Difahamkan, mereka telah mengetahui tentang sidang media itu sejak Selasa lalu.
Mengikut surat jemputan sidang media hari ini dijadualkan bermula 3.30 petang namun diumumkan batal, sebelum benar-benar berlangsung jam 6 petang.
Terdapat dakwaan mengatakan ‘pembatalan’ awal disebabkan kehadiran waris-waris mangsa namun sejauh mana kesahihannya tidak dapat dipastikan. -MYNEWSHUB.CC
Pembaca Berita Buletin Utama Sebak Ketika Membaca Berita Tentang Pesawat MH370