Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tan Cheng Hoe Tunggu...

ALOR SETAR - Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe menyatakan beliau hanya menunggu masa...

BN Mampu Menang Lebih...

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Barisan...

Kos ECRL Perlu Diturunkan...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peningkatan kos Projek...

Jho Low Setuju Serah...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan kontroversi, Jho Low dikatakan bersetuju menyerahkan semua aset...

Wartawan Menyamar Untuk Rakam Gambar Mayat Penyanyi

SHENZEN – Demi mendapatkan gambar untuk akhbarnya, tiga wartawan tabloid Shenzhen Evening News sanggup menyelinap masuk ke hospital dengan berpakaian seragam jururawat untuk merakamkan gambar mayat penyanyi Yao Beina, yang meninggal dunia akibat kanser pada Jumaat lalu.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan orang ramai mengecam akhbar tersebut dan keluarga Yao terpaksa masuk campur untuk menghalang gambar berkenaan daripada disiarkan.

Penderitaan Yao dalam melawan kanser payudara itu dan keputusannya menderma kornea menyebabkan Yao mendapat perhatian peminatnya, sekali gus mereka menyifatkan tindakan wartawan terbabit sebagai tidak wajar dan tiada sifat perikemanusiaan langsung.

“Biar wartawan itu mati dan kemudian suruh orang ambil gambar mereka, barulah tahu rasanya,’’ demikian luahan marah seorang peminat Yao.

Kritikan dan hentaman yang diterima daripada orang ramai menyebabkan pihak akhbar terpaksa meminta maaf.


Yao dikenali selepas lagu temanya dalam filem 1942 menjadi terkenal. Dia disahkan menghidap kanser payudara pada 2011.

Selepas menjalani pembedahan mastectomy, Yao kemudiannya terlibat dalam Voice of China dan turut menyanyikan semula lagu Frozen, Let It Go dalam versi mandarin.

Namun doktor kemudiannya mendapati kanser berkenaan sudah merebak ke paru-paru dan otak, menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke hospital pada penghujung Disember lalu.

Upacara pengebumian Yao akan diadakan pada Selasa ini.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori