Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Jho Low Pernah Cuba...

KUALA LUMPUR - Tun Daim Zainuddin hari ini mendedahkan jutawan kontroversi, Low Taek...

NIMP 2030 Perlu Diterjemahkan...

KUALA LUMPUR : Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berpandangan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP)...

Sukuk Digital Pertama Malaysia...

PUTRAJAYA - Sukuk Prihatin patuh syariah bernilai RM500 juta di bawah Pelan Jana Semula...

Pertumbuhan Ekonomi Dijangka Makin...

LONDON- Menteri Kewangan Indonesia menjangkakan ekonomi akan berkembang lebih perlahan berbanding unjuran awal...

Yakin Pemimpin Tertinggi BN Selesai Kemelut MIC

IPOH – Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC P. Kamalanathan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu mengatasi kemelut dalaman MIC yang melanda parti itu secepat mungkin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Kedua menyatakan rasa gembira dan setuju apabila kedua-dua pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) itu akan mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam usaha menyelesaikan krisis parti itu.

“Saya tidak akan komen apa-apa lagi…sebagai anggota parti saya mengharapkan yang terbaik. Saya pasti selepas pertemuan itu kita dapat menyelesaikan masalah ini sekali gus dapat mengukuhkan semula parti,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Klebang, Chemor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam yang akan mencari formula terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut MIC.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN juga meminta pemimpin parti di semua peringkat termasuk Jawatankuasa Ketua Bahagian, Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC mengadakan moratorium untuk menangani krisis yang berlarutan.


Kemelut MIC bermula pada 5 Dis lepas apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC dalam tempoh 90 hari.

Ia berikutan aduan mengenai penyalahgunaan kuasa dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan pada pemilihan Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.

ROS turut menasihatkan MIC supaya tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga isu itu diselesaikan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MIC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori