Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Minggu Lepas Kena Marah,...

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia dihalang masuk ke mahkamah hari ini...

Dulu Pengemis, Kini Cuba...

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Beberapa tahun lalu, seorang...

Terkait Masalah Rumah Tangga...

NORA Danish yang sering dikaitkan sebagai punca rumah tangga Fasha Sandha porak peranda...

3 Maut, 3 Parah...

PAPAR - Tiga maut manakala tiga parah dan seorang cedera ringan dalam kemalangan...

Zainal Rahim Ketua Pengarah MAMPU Baharu

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Seri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang baharu mulai 9 Jan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata Zainal Rahim, 57, menggantikan Datuk Wira Omar Kaseh yang bersara wajib.

Zainal Rahim yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam berpengalaman luas dalam bidang pembangunan, pengurusan sumber manusia, pentadbiran negeri serta pengurusan tanah dan wilayah.

Beliau dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai 13 Jan tahun lepas.


Jawatan lain yang pernah disandang Zainal Rahim termasuk sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang; Ketua Penolong Pengarah, Unit Majlis Bersama Kebangsaan, Bahagian Saraan, JPA dan Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Organisasi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Ali berkeyakinan dengan kelayakan, pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki Zainal Rahim akan membolehkan beliau memimpin dan meneruskan kecemerlangan MAMPU sebagai agensi peneraju yang bertanggungjawab meningkatkan daya saing negara serta prestasi penyampaian perkhidmatan melalui pelaksanaan inisiatif pemodenan pengurusan organisasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sektor awam.

Dalam masa yang sama, Ali merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Omar atas sumbangan lebih 35 tahun beliau kepada perkhidmatan awam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori