Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kira-Kira 22 Terkorban Banjir...

MANAGUA - Kira-kira 22 orang terkorban, manakala lebih 32,000 hilang tempat tinggal berikutan...

Apalah Nasib Malang Muslim...

KUALA LUMPUR - "Apalah nasib malang umat Islam yang memiliki pemimpin sedemikian rupa." Demikian...

Iran Kuatkan Kuasa Tentera...

IRAN akan terus meningkatkan keupayaan ketenteraan dan bakal mengumumkan kejayaan membina sebuah jet...

15 Mei Dengar Permohonan...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Mei ini...

Zamani Terharu Jamal Abdillah Sudi Bantu Tinggalkan Dadah

VOKALIS kumpulan Slam, Zamani tidak menyangka permasalahan yang dihadapinya kini mendapat perhatian Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah yang sudi membantunya dalam memerangi masalah ketagihanan dadah yang dihadapinya.

Tawaran Jamal Abdillah yang sebelum ini menyuarakan hasrat untuk membantu dalam proses rawatannya disambut baik pelantun Gerimis Mengundang itu.

metd_sd_0908_32oknljamal1
Jamal Abdillah sudi bantu Zamani dalam proses pemulihan dadah.

Pada masa yang sama, Zamani turut meluahkan ucapan terima kasih dan amat menghargai niat Jamal yang bersimpati terhadap nasib yang menimpanya kini.

“Saya sangat hargai bantuan Datuk dan tidak sangka dia mahu tolong… nantilah selepas selesai kes saya,” katanya.

Zamani yang merupakan penyanyi terkenal era 90-an nyata terharu atas sokongan Jamal sebagai artis terkenal yang juga pernah terperangkap dengan najis dadah kerana sudi membantunya.

Zamani-Slam-Akui-Tiada-Unsur-Paksaan-Ketika-Rakaman-Video-ROTIKAYA-700x455 (1)


Sementara itu, tempoh jaminan polis terhadap Zamani yang ditahan berhubung kes dadah lapan hari lepas disambung sehingga Jumaat ini.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, telah ditahan positif dadah kira-kira pukul 12.30 tengah malam, Rabu minggu lalu.

– MYNEWSHUB.CC

Video Temu Bual Zamani Di Melodi

Video Zamani Berduet Bersama Jamal Dan Penyanyi Popular Lain

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori