Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hampir 20K Iklan Along...

KUANTAN - Hampir 20,000 iklan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak berlesen diturunkan oleh...

Aplikasi ‘Pasar Tani Malaysia’...

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bakal melancarkan aplikasi mudah...

Rumah Pusaka Roboh Dihempas...

DUNGUN – Sebuah rumah pusaka yang berusia lebih 40 tahun di kampung Pantai...

Piala AFF Suzuki: Kim...

YANGON - Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee sedia bertanggungjawab...

Tokoh Agama, Penyanyi Asal Cenderawasih Meninggal Dunia

SINGAPURA – Guru agama serta pembimbing haji dan umrah terkenal di Singapura, Ustaz Syed Hamid Syed Ahmad Alkaff, yang suatu ketika dahulu masyhur sebagai penyanyi lagu asal ‘Cenderawasih’, meninggal dunia di sini lewat Jumaat.

Beliau meninggal kira-kira pukul 4 petang Jumaat di Hospital Besar Singapura (SGH) pada usia 82 tahun, akibat penyakit radang paru-paru dan jenazah disolatkan di Masjid Sultan selepas waktu Zohor pada Sabtu, sebelum dikebumikan.

Ustaz Syed Hamid pernah selama 35 tahun, menjadi imam dan khatib Masjid Hang Jebat, selain aktif sebagai pendakwah di Masjid Darussalam dan Masjid Hang Jebat malah sering dijemput menyampaikan ceramah agama di Malaysia dan Indonesia.

Masjid Hang Jebat di Singapura. – Gambar hiasan

Tidak ramai tahu, sebelum menjadi ustaz sepenuh masa, allahyarham merupakan seorang pelakon, pemuzik dan penyanyi terkenal dengan nama S. Hamid era 1950-an bahkan beliau dianggap sebagai antara perintis seni muzik Melayu di Singapura.

Antara lagu terkenalnya termasuk ‘Laila’ dan ‘Kasih Ibu‘; manakala lagu malar hijau ‘Cenderawasih‘ nyanyian beliau kemudian dinyanyikan semula oeh ramai penyanyi popular lain seperti A. Halim dan Datuk Jamal Abdillah di Malaysia.

Sebagai pelakon filem, beliau pernah berlakon di samping seniman agung legenda, allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem ‘Bakti‘ dan ‘Rachun Dunia‘, serta beberapa buah filem terkenal yang diterbitkan oleh Cathay Keris di republik tersebut.

BACA : Nostalgia, Penyanyi ‘Selimut Putih’ Meninggal Dunia Disember Lalu

Madrasah Al-Junied di Singapura. – Gambar hiasan

Seorang anaknya, Syed Idros Syed Hamid Alkaff, 60 tahun, memberitahu stesen penyiaran MediaCorp Singapura, allahyarham bapanya sudah pun dimasukkan ke SGH selama seminggu kerana air didapati bertakung di dalam paru-parunya.

Allahyarham mujur sempat meninggal dunia di sisi anak-anaknya, namun Syed Idros berkata bapanya itu didapati memang tidak banyak bercakap sejak dua hingga tiga minggu lalu sehingga membimbangkan anak-anaknya sendiri.

“Beliau tidak banyak bercakap, dan hanya menggunakan isyarat untuk berkomunikasi. Mungkin beliau sedang tahan rasa sakit. Bapa saya memang sebenarnya tidak suka ke hospital,” ujar Syed Idros ketika dihubungi stesen tersebut.

Menurutnya, doktor berkata keadaan allahyarham sudah agak tenat dan tidak banyak lagi boleh dilakukan malah beliau pernah dimasukkan ke SGH selama sebulan pada Julai tahun lalu, akibat air bertakung dalam paru-paru.


Sejak itu, allayarham yang sudah hampir 40 tahun membimbing para jemaah haji dan umrah, serta merupakan guru agama bagi Hagel Travel & Tours Pte. Ltd.; tidak lagi aktif mengajar di masjid-masjid sekitar Singapura seperti dahulu.

Menurut Syed Idros, bapanya tetap menulis nota dan esei tentang apa yang ingin disampaikan kepada para pelajarnya. “Setiap hari beliau akan menulis banyak karangan di dalam buku. Itu sudah jadi macam homework beliau,” katanya.

Masjid Sultan di Singapura. – Gambar hiasan

Bapanya itu mula menggubah dan menyanyikan lagu nasyid pada era 1970-an bahkan, ada lagu tertentu disumbangkan kepada Madrasah Aljunied, sekolah agama terbesar dan tertua di Singapura; kembar kepada Madrasah Al-Mashoor di Pulau Pinang.

Menceritakan lanjut, beliau berkata allahyarham mengakui sukar pada mulanya untuk meninggalkan dunia seni dan melangkah ke bidang agama. “Bapa pernah kata, susah nak berhenti. Tapi, Allah sudah tentukan yang beliau akan mengajar sebagai ustaz,” ujarnya.

Allahyarham yang menerima pendidikan di Madrasah Aljunied, Pesantren Darul-Rahman dan Pusat Ittihadul Muballigh; meninggalkan lapan anak, 12 cucu dan beberapa orang cicit. Isteri pertamanya meninggal pada tahun 1974.

Madrasah Al-Mashoor di Pulau Pinang. – Gambar hiasan

Antara mentornya dalam bidang agama ialah Allahyarham Sheikh Karim Al Banjar di Makkah, dan abang sulungnya, Allahyarham Ustaz Syed Abdul Rahmad Alkaff, yang juga pengasas agensi pelancongan tempatan, Hagel Travel & Tours.

Bekas anggota Parlimen Singapura, Maidin Packer memuji Allahyarham sebagai seorang jasawan: “Almarhum merupakan seorang pendakwah dan pendidik yang banyak menabur bakti, khususnya di Masjid Hang Jebat lebih 40 tahun.”

Syed Idros pula menyifatkan bapanya sebagai seorang yang rajin mengadakan majlis maulud, tidak suka menyusahkan anak-anaknya dan berdikari, tetapi tidak begitu aktif sejak kaki kanannya dipotong akibat penyakit kencing manis.

Menceritakan detik akhirnya, Syed Idros berkata pada 3 pagi Jumaat, bapanya itu bersuara buat kali pertama sejak beberapa lama dan minta ingin minum teh. “Saya pun letak teh itu di bibirnya dengan guna kapas, sebab beliau sukar makan dan minum seperti biasa,” ujarnya.

Al-Fatihah.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori