Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kongsi Rumah Dalam Kereta...

NEWPORT - Sebuah keluarga terpaksa berkongsi 'rumah' dalam kereta dengan dua kucing, seekor...

Pembenihan Awan Perlu Jika...

ALOR SETAR - Pembenihan awan perlu dilakukan di tiga kawasan empangan di Kedah...

“Saya Tak Terasa Hati...

AWAL bulan lalu, bekas peserta program Gegar Vaganza 4 (GV4), Elyana mengeluarkan kenyataan...

Tiada Rayuan Diterima Dari...

PAU 2023 | Tiada rayuan dibuat oleh mana-mana ahli atau pemimpin Umno yang...

1 Maut, 6 Cedera Dalam 2 Serangan Di Copenhagen

COPENHAGEN – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan enam lagi cedera dalam dua kejadian tembakan di ibu negara Denmark semalam, termasuk satu yang menyasarkan pusat budaya yang menganjurkan debat mengenai kebebasan bersuara.

Insiden kedua, berhampiran rumah ibadat utama Yahudi di Copenhagen, menyaksikan seorang mangsa ditembak di kepala dan dua anggota polis ditembak di lengan dan kaki.

Dalam kejadian pertama, seorang lelaki berusia 40 tahun terbunuh manakala tiga anggota polis cedera dalam serangan di pusat budaya Krudttonden.

Tidak dapat disahkan bahawa kedua-dua kejadian itu adalah berkaitan.

Artis Sweden, Lars Vilks yang bertanggungjawab menghasilkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan bantahan di seluruh dunia pada 2007, adalah antara peserta debat.


Polis sedang memburu seorang lelaki bersenjata yang menyasarkan majlis debat berkenaan dan melarikan diri selepas berbalas tembakan dengan polis.

Perdana Menteri Denmark, Helle Thorning-Schmidt, menyifatkan kejadian itu sebagai “serangan pengganas” dan Amerika Syarikat turut mengutuknya.

Duta Perancis ke Denmark, Francois Zimeray, berada di tempat kejadian tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, ia adalah usaha mengulangi serangan pada 7 Januari lalu terhadap pejabat majalah Charlie Hebdo di Paris yang membunuh 12 orang. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori