Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

TRX Tidak Perlu Diselamat...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, projek Tun Razak...

Hasni Angkat Sumpah Menteri...

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir. Hasni Mohammad...

Acara Trek & Padang...

KUALA LUMPUR - Acara trek dan padang Sukan SEA ke-29 tahun depan akan...

Genervie Berbudi Bahasa, Pandai...

SETELAH tiga tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi terkenal Hazama baru-baru ini telah mengumumkan...

1,000 Murid Miskin Singapura 6 Bulan Sarapan Percuma Nestle

SINGAPURA – Seramai 1,000 kanak-kanak dari keluarga susah di seluruh Singapura kini boleh memulakan hari mereka dengan sarapan pagi yang lebih bertenaga, lapor stesen penyiaran tempatan milik pemerintah, Channel NewsAsia pada Khamis.

Sepanjang enam bulan akan datang, murid-murid miskin ini akan disajikan dengan sarapan bijirin yang berkhasiat, ihsan daripada pengeluar makanan terbesar dunia, Nestle dengan kerjasama agensi tempatan NTUC FairPrice dan The Food Bank Singapore.

Inisiatif tersebut bagi memastikan kanak-kanak susah itu mendapat nutrien galian yang cukup sebelum memulakan persekolahan susulan tinjauan mendapati sesetengah keluarga susah tiada hidangan ringkas waktu sarapan kerana dianggap sebagai benda mewah.

Ketua Pegawai Eksekutif NTUC FairPrice, Seah Kian Peng berkata: “Saya rasa mesej hasil objektif projek ini ialah untuk betul-betul memastikan setiap daripada kita, muda dan tua, mengambil sarapan berkhasiat sebelum memulakan hari baharu mereka.”

Gambar hiasan

Pada acara pelancaran, beg-beg yang mengandungi bijirin sarapan diagih-agihkan kepada kanak-kanak dari Pusat Jagaan Pelajar Methodist Welfare Services melibatkan sekitar 80 peratus pelajar dari pusat tersebut yang datang dari keluarga susah.


Salah seorang penerimanya ialah Junaina Johari, 10 tahun, berkata: “Saya rasa gembira kerana ini kali pertama saya dapat bijirin, dan saya pasti keluarga saya akan gembira kerana mereka dapat bijirin untuk makan bersama-sama untuk sarapan”.

Kira-kira 23,000 kotak bijirin daripada pelbagai jenama terkenal Nestle akan diagihkan sepanjang enam bulan akan datang, sekali gus membolehkan lebih 180,000 sarapan bijirin dapat disajikan kepada 1,000 orang penerima dalam tempoh tersebut.

Nestle yang berpusat di Switzerland dan ditubuhkan pada 1866 oleh Farine Lactee Henri Nestle kini memiliki lebih 8,000 produk dengan kilang di seluruh dunia termasuk Malaysia serta perolehan tahunan kira-kira 10 bilion franc Swiss (RM38 bilion).

Syarikat tersebut pada 2013 mewujudkan sebuah pusat baharu penyelidikan dan pembangunan antarabangsa di Singapura bernilai S$5.8 juta (RM15.3 juta) yang memberi tumpuan kepada produk kesihatan dan nutrisi makanan. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori