Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hujan Lebat 3 Hari...

KUALA LUMPUR - Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang selama...

Wanita Maut Dalam Kebakaran...

PEKAN – Seorang wanita maut akibat sesak nafas dalam kebakaran di sebuah bengkel...

Padah Berselfie Selepas Menyamun

‎PONTIAN - Polis berjaya menyelesaikan satu kes samun bersenjata yang menjadikan warga Pakistan...

Pilih Universiti Awam Untuk...

KOTA KINABALU - Pengerusi Penganjur Persidangan Mesyuarat Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (Universiti Awam)...

15 Ayat Keramat Hasbullah Awang Yang Akan Dikenang

ALLAHYARHAM Datuk Haji Hasbullah Awang adalah pengulas sukan terbaik negara yang sukar dicari ganti.

Berkaliber dalam butir bicaranya ketika membuat komentar semasa berlangsungnya sesuatu perlawanan, beliau turut dikenali kerana penggunaan terma yang unik serta tersendiri!

dsadas-585x438

Mana taknya, ketika penonton kaca televisyen berdebar menyaksikan acara, mereka turut ‘terhibur’ dengan humor santai dan spontan Allahyarham.

Melalui laman media sosial, peminat berkongsikan beberapa ungkapan keramat yang gemar digunakan Hasbullah.

1. “Mungkin jaringan ini adalah hadiah ulangtahun beliau yang ke 25 tahun.”

2. “Bersilat nampaknya Mat Yo di situ.”

3. “Dia mengapung-apungkan badannya di udara, dan satu pukulan tajam lalu bulu tangkis terbenam di dalam gelanggang.”

4. “Rashid terbang bagaikan kupu-kupu…” – Piala Thomas 1992

5. “Bola masuk saya rasa, oh tidak, tidak, tidak. Maafkan saya saudara.”

6. “Penyokong Pahang membelah Banjaran Titiwangsa untuk datang ke Stadium Bukit Jalil…” – Final Piala FA 2006

7. “Oh sayang…hanya ketepatan saja yang tidak menepati…”

8. Nampaknya telah kelihatan bunga-bunga kekasaran dalam padang ketika ini, kita harapkan pemain dapat mengawal emosi.”


9. “Manusia paling pantas di muka bumi.”

10. “Ahh, sayang peluang di depan gol dipersia-siakan oleh pemain yang berasal dari Kajang…bersekolah di Taiping dan dibesarkan di Johor…mendapat 8A dalam SPM dan makanan kegemaran nasi ayam.”

11. “Safiq membawa bola…oh maafkan saya…Safee Sali di situ…Safiq di seberang sana menanti bola.”

12. “Satu rembatan…ooo…terkena palang…sayang sekali…palang menjadi penghalang.”

13. “Mereka berkampung di kawasan penalti.”

14. “Kita ketahui pemain ini yang dianggap ayam tambatan sukar di cari…Daaannn goolll, oh tidak bola muntah kembali.”

15. “Bola di kaki Badrul Muhayat…oh maafkan saya Badrol Bakhtiar sebenarnya…Badrul Muhayat seorang pelakon.”

Ya, para peminat pasti akan merindui ulasan-ulasan menarik yang diberikan figura tersebut terutama dalam sukan bola sepak dan badminton.

Kehilanganmu sukar dicari ganti, Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Haji Hasbullah Awang.

– MYNEWSHUB.CC

Astro Awani – Datuk Haji Hasbullah Awang Meninggal Dunia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori